Afeeq Bantu Individu Jalani Kuarantin

TIDAK hanya memantau latihan serta program untuk pemain Kuala Lumpur sebaliknya Jurulatih Kecergasan, Afeeq Aqmal mengambil keputusan menjadi sukarelawan untuk membantu individu yang dikuarantin.

Jelas Afeeq, beliau mendapat pelawaan tersebut beberapa hari lalu sebelum mengambil keputusan untuk membantu dengan menyediakan latihan kecergasaan kepada mereka yang dikuarantin di Institut Sosial Malaysia, Sungai Besi.

“Jika hendak dibandingkan dengan mereka berada di barisan hadapan sudah semestinya bantuan ini ibarat sampingan sahaja namun saya tetap gembira untuk membantu.

“Melalui program yang diadakan ini, dapat membantu mereka yang dikuarantin untuk kekal cergas dan berada dalam keadaan ceria sehingga menunggu hari untuk pulang,” jelasnya lagi.

Tambah beliau, program tersebut tidak diadakan setiap hari tetapi hanya sekali atau dua kali seminggu mengikut kelulusan yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Afeeq memaklumkan kondisi para pemain dalam keadaan terbaik meskipun tidak dapat menjalani latihan bersama-sama.

“Kami telah menyediakan program yang diputuskan oleh Ketua Jurulatih, Nidzam Adzha dan para pemain harus melakukannya secara individu serta memaklumkan perkembangan mereka,” katanya.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Others

KLFA Terima Dengan Hati Terbuka – Nokman

Others

‘Kuala Lumpur’ Akan Kekal – Nokman

Super League

Kuala Lumpur Sah Ke Liga Super 2021

Scroll to Top