Azam dan misi Kuala Lumpur menambat hati Shukor

SHUKOR Adan akan mewarnai kancah bolasepak Malaysia untuk sekurang-kurangnya setahun lagi selepas memperbaharui kontrak bersama Kuala Lumpur bagi saingan Liga Malaysia musim 2021.

Selepas membantu Kuala Lumpur kembali ke Liga Super musim lalu, Shukor berterima kasih kepada pengurusan Kuala Lumpur United Football Club yang diketuai Stanley Bernard di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya selepas terpegun dengan perancangan ketua pegawai eksekutif itu untuk Kuala Lumpur dalam era penswastaan.

“Saya memilih Kuala Lumpur kerana keinginan yang baru dari CEO Stanley dan pengurusan lama, kita ada sasaran, azam dan misi,” kata Shukor, yang membuat penampilan professional pertama bersama Melaka pada 1997 berusia 17 tahun, sembilan bulan dan 16 hari.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Kuala Lumpur kerana beri kepercayaan kepada saya setahun lagi untuk beraksi untuk pasukan ini. Peluang yang saya dapat pada usia ini akan saya hargai.”

Walaupun sudah berumur 41 tahun, Shukor masih berada di tahap fizikal yang cemerlang dan mampu bersaing dengan pemain-pemain yang lebih muda selepas membuat lapan penampilan untuk Kuala Lumpur di Liga Premier 2020.

“Saya bermain atau tidak, terpeluang kepada jurulatih. Kalau saya perlu beraksi, saya tidak akan persia-siakan peluang itu. Tetapi saya rasa kita akan berlaku adil berdasarkan prosedur, latihan dan pilihan jurulatih,” kata Shukor, yang telah menjulang Piala Malaysia tiga kali dan Piala FA dua kali.

“Disebabkan masalah Covid-19, tidak banyak perlawanan yang saya bermain dan musim depan saya akan lihat kalau kudrat tiada, mungkin saya akan fikir masak-masak macam mana nanti. Saya mungkin ke arah kejurulatihan selepas bersara. Pandangan dari CEO pun amat baik dan membuat cadangan yang baik untuk masa depan saya, jadi saya rasa amat puas hati.”

Kuala Lumpur telah mengesahkan kemasukan Safee Sali dan Hadin Azman bagi musim baru manakala pengumuman mengenai beberapa pemain baru lain akan di buat tidak lama lagi. Tetapi ternyata bekas kapten pasukan kebangsaan Shukor teruja dengan pembaharuan dalam pasukan.

“Kalau kita lihat dari segi pemain-pemain tempatan, saya tidak menafikan kita mempunyai bahan-bahan yang baik dengan kemasukan Safee, Hadin dan beberapa pemain yang lain,” jelas Shukor, saya telah menjaringkan sejumlah 71 gol untuk Negeri Sembilan, Selangor, Angkatan Tentera, Felda United dan Melaka sebelum ini.

“Saya rasa kekuatan pemain-pemain tempatan agak stabil sambil menunggu pemain-pemain asing masuk untuk menyesuaikan diri. Saya rasa kita boleh membuat sesuatu untuk Kuala Lumpur pada musim hadapan.”

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Super League

SATU MUSIM LAGI BAGI NIK SHAHRUL

Others

DR JOZEF VENGLOS: JASAMU SENTIASA DIKENANG

Super League

LIGA SUPER MENANTI AIMAN SEKALI LAGI

Scroll to Top