Azim mahu meledak lebih banyak gol

MUSIM 2021 bakal menjadi yang terbaik bagi penyerang muda Kuala Lumpur, Azim Rahim, selepas melanjutkan kontrak selama setahun lagi bersama pasukan ibukota.

Azim membantu Kuala Lumpur layak ke Liga Super dengan mengecapi tempat ketiga di dalam Liga Premier 2020 selepas menjaringkan dua gol dalam lapan penampilan.

Pemain yang berumur 23 tahun ini mencuri tumpuan selepas menjaringkan lima gol dalam enam perlawanan menentang Kuala Lumpur ketika bersama Felcra (2018) dan Felda United (2019).

Azim, yang selesa bermain di sayap kanan atau sebagai penyerang utama, kini mahu membalas jasa Kuala Lumpur dengan memberi persembahan terbaik pada musim ini.

“Bagi saya, peluang untuk bermain adalah yang paling penting dan itu sebabnya saya masih bersama KL. InsyaAllah, saya akan buktikan dan kerja keras untuk merebut tempat utama,” kata Azim, yang telah melakar 12 gol dalam 43 perlawanan sejak penampilan senior pertama ketika bersama Petaling Jaya Rangers pada 2017.

Satu lagi tarikan pasukan Kuala Lumpur kepada Azim ialah kehadiran pemain-pemain lagenda seperti Shukor Adan, Indra Putra Mahayuddin dan Safee Sali, yang sering memberi tunjuk ajar kepada pemain-pemain muda.

“Masa saya kecil say hanya dapat tengok mereka bermain di televisyen saja tetapi sekarang rezeki saya untuk bermain bersama mereka. Tak sangka saya dapat peluang ini,” kata Azim.

“Saya tidak segan bermain dengan mereka kerana kami bermain sebagai satu pasukan dan secara professional di atas padang. Kalau ada kekurangan mereka mesti beri tunjuk ajar kepada kita. Kita masih budak-budak lagi dan pemain senior akan tolong. Mereka akan beritahu cara untuk fokus di dalam perlawanan dan beri nasihat untuk tidak mensia-siakan peluang.”

Bagi musim ini, Azim berazam untuk melebihi jumlah gol yang dijaringkan menentang Kuala Lumpur sebelum ini.

“Kita tidak tahu bila peluang akan menjelma jadi perlu berkerja keras untuk menjaringkan gol. Peluang yang saya dapat ketika menentang KL saya anggap sebagai rezeki,” kata Azim, yang menjaringkan kedua-dua gol ketika Kuala Lumpur menewaskan Sarawak United 2-1 di Kuching dalam perlawanan Liga Premier pada 14 Mac 2020.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Super League

SATU MUSIM LAGI BAGI NIK SHAHRUL

Others

DR JOZEF VENGLOS: JASAMU SENTIASA DIKENANG

Super League

LIGA SUPER MENANTI AIMAN SEKALI LAGI

Scroll to Top