Cemerlang Meskipun Tewas

AKSI yang cemerlang dipamerkan oleh pemain Kuala Lumpur meskipun tewas 2-1 ketika menentang Perak pada perlawanan persahabatan pertama di Stadium Perak, Ipoh, baru-baru ini.

Turun dengan ketiadaan dua pemain asing iaitu Paulo Josue (kecederaan) dan Francis Kone (demam), Kuala Lumpur tetap tampak hebat apabila Shukor Adan dengan mudah menyempurnakan sepakan sudut oleh Indra Putra Mahayudin seawal minit ketiga.

Tidak mengharapkan kemenangan 0-1, Kuala Lumpur sentiasa memberi tekanan kepada pasukan Perak dari setiap sudut. Kuala Lumpur hampir menambah gol pada pertengahan permainan namun lambungan bola dari Abdul Azim Rahim berjaya ditolak keluar oleh penjaga gol lawan.

Memasuki separuh masa kedua, pasukan Kuala Lumpur terpaksa membuat pertukaran beberapa pemain dengan tujuan melihat kefahaman para pemain terutama yang berada di bangku simpanan.

Ketika perlawanan masih seimbang, Kuala Lumpur terpaksa mengambil keputusan drastik dengan mengeluarkan Zhafri Yahya yang mengalami kecederaan dan menaruh harapan kepada 10 pemain untuk terus berjuang.

Perak yang mula mengatur langkah berjaya mendapat gol penyamaan pada minit ke-80 dan ke-83.

Meskipun gagal pertahankan gol pada awal permainan, para pemain tetap mendapat pujian daripada Ketua Jurulatih, Nidzam Adzha kerana mempamerkan corak bertenaga.

Kesebelasan Utama || Perak VS Kuala Lumpur

Zamir Selamat, Azamat, Shukor Adan, Aiman, Fandi, Akram Mahinan, Dul, Zhafri, Nabil, Indra, Azim

Pemain Simpanan

Khatul, Subramaniam, Azahar, Raimi, Alif, Ariff, Fahmi, Shafiq, Safwan

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Others

KLFA Terima Dengan Hati Terbuka – Nokman

Others

‘Kuala Lumpur’ Akan Kekal – Nokman

Super League

Kuala Lumpur Sah Ke Liga Super 2021

Scroll to Top