KLFA Akan Patuhi Segala SOP – Nokman

Menjelang latihan pertama yang dijangka pada 15 Jun ini, Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur sedia patuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya Liga Malaysia dapat disambung pada kadar segera.

Menerusi Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa yakin para pemain dan barisan kejurulatihan akan mematuhi segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan samada untuk sesi latihan mahupun pada perlawanan sebenar nanti.

“Seperti yang diketahui umum, pertandingan bola sepak mungkin akan disambung semula dan dimulakan dengan sesi latihan secara tertutup.

“Meskipun belum menerima SOP secara rasmi, kami tetap bersedia untuk bekerjasama dan akan memastikan segara peraturan dipatuhi meskipun perlu mengeluarkan kos untuk terus bertanding,” jelasnya.

Tambahnya lagi, KLFA bersedia menanggung segala kos untuk memulakan latihan kerana seperti di luar negara kesemua individu dalam pasukan diwajibkan menjalani Ujian Saringan COVID-19 dan menyerahkan keputusan kepada badan induk.

“Meskipun masih belum menerima baki akhir tajaan namun kami tetap komited dan yakin mampu menanggung kos ujian tersebut yang akan menelan puluhan ribu ringgit bagi seluruh individu dalam pasukan,” kata Nokman.

Beliau juga berharap dengan kembali bersambung Liga Malaysia, para penaja dapat kembali semula dan membantu melancarkan perjalanan pasukan di seluruh negara agar ia terus hidup dan menjadi liga sebutan di negara jiran.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Super League

Cemerlang Meskipun Tewas

Super League

Lebih Baik 1 September – Nidzam Adzha

Others

KLFA Batal Piala FA 2019

Scroll to Top