KLFA Batal Piala FA 2019

BERIKUTAN pandemik COVID-19, Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) mendengar saranan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan membatalkan Pertandingan Piala FA (Kalah Mati) Musim 2019.

Keputusan yang diputuskan ketika mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan PBKL meliputi pelbagai aspek terutama kepentingan kelab dan pemain yang mengambil bahagian dalam Piala FA.

Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa berkata keputusan yang ambil adalah tepat kerana mengambil kira nasihat daripada FAM dan juga Amateur Football League (AFL).

“Meskipun pertandingan telah memasuki pusingan 16 terakhir, namun pihak persatuan tidak mahu memandang mudah situasi di dalam negara kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

“Jesteru itu, semua perlawanan yang telah berlangsung sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah terbatal dan tidak sah,” jelasnya dalam satu kenyataan media.

Beliau juga berharap kesemua kelab bertanding memahami situasi dan berterima kasih atas komitmen dalam menyertai pertandingan Piala FA musim 2019.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Others

‘Kuala Lumpur’ Akan Kekal – Nokman

Super League

Kuala Lumpur Sah Ke Liga Super 2021

Super League

Peluang Kepada Pemain Muda – Nidzam

Scroll to Top