KLFA Berharap Liga Diteruskan Lebih Awal – Khalid

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), YB Tuan Haji Khalid Abd Samad berharap agar Liga Malaysia Musim 2020 dapat diteruskan seawal yang mungkin bagi menggelak timbulnya pelbagai masalah.

Seperti yang diketahui umum, Liga Malaysia telah terhenti sejak Mei lalu berikutan wabak pendamik COVID-19 dan masih belum diteruskan sehingga hari ini.

Bercakap ketika sidang media, Khalid mencadangkan agar Liga Malaysia Musim 2020 dapat dimulakan kembali pada awal bulan Julai dengan mengariskan beberapa peraturan seperti bermain tanpa penyokong.

“Meskipun ia terpaksa berlangsung tanpa penyokong tetapi ia dilihat lebih baik berbanding spekulasi mengenai kembalinya liga pada bulan September kerana ia dapat menjejaskan kebanyakkan pasukan.

“Bagi saya jika ia diteruskan pada bulan Julai, mungkin selepas dua bulan dan melihat keadaan semasa di Malaysia kita mungkin dapat membenarkan kehadiran penyokong dengan menguna pakai syarat-syarat tertentu,” jelasnya pada sidang media selasa lalu.

Beliau juga berharap Majlis Keselamatan Negara (MKN) melihat dari pelbagai sudut untuk meluluskan permohonan meneruskan liga lebih awal kerana ia turut memberi kesan pembangunan sukan bola sepak di Malaysia.

Dalam pada itu, Khalid juga berharap para penaja KLFA dapat menunaikan janji untuk menyerahkan sebahagian lagi sumbangan dalam merealisasikan impian menjuarai Liga Perdana musim ini.

“Kami telah menerima sumbangan pada awal tahun ini namun masih terdapat baki belum diterima sejak liga tertangguh dan berharap suasana politik semasa tidak menjadi penghalang.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Super League

Cemerlang Meskipun Tewas

Super League

Lebih Baik 1 September – Nidzam Adzha

Others

KLFA Batal Piala FA 2019

Scroll to Top