KLFA Terima Dengan Hati Terbuka – Nokman

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dengan hati terbuka menerima keputusan Malaysian Football League (MFL) untuk membatalkan pertandingan TM Piala Malaysia 2020 berikutan pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan di dalam negara.

Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa yakin keputusan yang dibuat telah mengambil kira pelbagai faktor terutama kesihatan dan keselamatan mereka terlibat secara langsung dalam pertandingan tersebut.

Meskipun ia memberi tamparan hebat buat pasukan Kuala Lumpur kerana telah bersedia untuk mengharungi TM Piala Malaysia 2020 tetapi arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara harus dipatuhi.

Pada kesempatan ini, seluruh warga persatuan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyokong yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan Kuala Lumpur ketika bersaingan dalam Liga Premier 2020.

Kembali beraksi dalam saingan Liga Super 2021, pihak persatuan berharap pemain ke-12 iaitu penyokong setia Kuala Lumpur akan terus bersama dan dapat memenuhi ruangan stadium jika dibenarkan kelak.

Penghargaan turut diberikan kepada seluruh warga kerja persatuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah bertungkus lumus menjayakan musim 2020 termasuk kejayaan lulus permohonan lesen AFC dan FAM untuk tahun 2021.

Tidak lupa kepada para penaja yang yakin dan komited untuk melihat pasukan Kuala Lumpur bangun dari Liga Premier dan kembali ke liga lebih berprestij iaitu Liga Super untuk musim hadapan.

Akhir kata, Kuala Lumpur akan menjanjikan aksi yang lebih cemerlang pada musim hadapan dalam saingan Liga Super 2021 serta berharap kerjasama mahupun sokongan dari semua pihak dapat diteruskan untuk tahun akan datang.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Others

KLFA Terima Dengan Hati Terbuka – Nokman

Others

‘Kuala Lumpur’ Akan Kekal – Nokman

Super League

Kuala Lumpur Sah Ke Liga Super 2021

Scroll to Top