Presiden KLFA, YBM Tuan Haji Khalid Abd Samad menyerah cenderamata kepada Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin sejurus selesainya Kunjungan Hormat Presiden FAM ke KLFA di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KLFA Terima Pujian FAM

PERSATUAN Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) menerima pujian daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diatas penerimaan pelesenan kelab selama tiga tahun berturut-turut sejak 2018 malah adalah kelab yang pertama menerima lesen perlesenan kelab pada tahun 2019.

FAM menyifatkan (KLFA) sebagai ahli gabungan yang cemerlang dalam memenuhi syarat-syarat pelesenan kelab mengikut jadual yang ditetapkan.

Pencapaian ini layak untuk dipuji memandangkan selain lesen FAM, KLFA turut menerima pelesenan kelab daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi tahun 2020.

Dalam kunjungan hormat FAM kepada KLFA yang diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, KLFA turut membentangkan program pembangunan kelab dan perancangan pemasaran bermula daripada tahun 2020 sehingga 2025.

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, berkata KLFA dilihat komited dalam aspek pembangunan bola sepak.

“Perkara utama yang dibincangkan ialah isu semasa berkaitan bola sepak tempatan serta usahasama antara FAM dengan KLFA khususnya dan kemas kini Peraturan Pelesenan Kelab FAM 2020 iaitu memprofesionalkan pasukan menerusi tiga pilihan dalam proses pertukaran daripada FA kepada FC untuk saingan liga,” katanya. -Artikel FAM

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Super League

Cemerlang Meskipun Tewas

Super League

Lebih Baik 1 September – Nidzam Adzha

Others

KLFA Batal Piala FA 2019

Scroll to Top