‘Kuala Lumpur’ Akan Kekal – Nokman

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) menjadi salah sebuah persatuan yang telah berjaya melengkapkan penswastaan kelab bola sepak (FC) bersama 21 pasukan lain dan bakal hadir ke Liga Super 2021 dengan nama baharu.

Menurut sumber, proses penswastaan kelab yang dilakukan oleh KLFA telah bermula sejak 2013 yang diketuai oleh Datuk Astaman Abdul Aziz ketika menjawat jawatan Presiden namun terpaksa ditangguh berikutan beberapa masalah yang dihadapi.

Perkara tersebut disahkan sendiri Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa dan menyifatkan langkah tujuh tahun lalu telah mempercepatkan lagi proses yang dipohon oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam memajukan Liga Malaysia dengan kehadiran pasukan berstatus kelab.

“Untuk makluman semua, KLFA telah memulakan proses penswastaan pada tahun 2013 namun disebabkan beberapa masalah besar seperti beban kewangan kami tidak dapat merealisasikan impian tersebut.

“Tetapi dalam masa lima tahun kebelakangan ini, persatuan telah bergerak seiring pasukan-pasukan lain dengan tidak mempunyai tunggakkan hutang dan ia memudahkan lagi kami meneruskan proses tergendala tersebut,” katanya.

Tambah beliau, majoriti ahli majlis tertinggi juga telah bersetuju untuk menggunakan semula nama yang telah didaftarkan pada tujuh tahun dahulu namun iaitu KUALA LUMPUR UNITED FOOTBALL CLUB.

“Namun bagi penggunaan nama dan logo pasukan belum diputuskan, cuma yang pasti ‘Kuala Lumpur’ akan kekal kerana ia identiti sejak dahulu,” katanya.

Berkenaan logo pula, Nokman memberitahu pihaknya akan menggunakan logo yang mendapat tempat pertama dalam satu pertandingan dan sebarang pertukaran logo mungkin berlaku sekiranya mempunyai pilihan lebih menarik dan mendapat persetujuan ahli lembaga pengarah.

“Cerita tujuh tahun lalu, KLFA bukan sahaja memulakan proses dengan pendaftaran syarikat tetapi disusuli dengan satu pertandingan mencipta logo dan kami akan menggunakan logo tersebut buat masa ini,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Nokman turut berterima kasih kepada Ahli Majlis Tertinggi serta semua kakitangan pengurusan yang berkerja keras menyiapkan segala kertas kerja termasuk perlesenan kelab serta stadium bagi memastikan Kuala Lumpur dapat beraksi dalam Liga Malaysia 2021.

Tambah beliau, tanpa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mungkin KLFA akan berdepan kesukaran menyelesaikan isu perlesenan kelab dan mereka begitu berterima kasih dengan kerjasama serta kebenaran yang diberikan kepada pasukan untuk menggunakan fasiliti.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Others

KLFA Terima Dengan Hati Terbuka – Nokman

Others

‘Kuala Lumpur’ Akan Kekal – Nokman

Super League

Kuala Lumpur Sah Ke Liga Super 2021

Scroll to Top