Pasukan 'feeder' Kuala Lumpur bakal dibarisi para pemain muda yang telah beraksi di Piala Presiden, Piala Belia serta beberapa pemain profesional.

Kuala Lumpur II Untuk Pembangunan Pemain – Nokman

PERSATUAN Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bakal menubuhkan pasukan ‘feeder’ yang akan menjadi platform terbaik untuk pemain-pemain muda mendekati karier profesional dalam dunia bola sepak.

Perancangan penubuhan pasukan tersebut telah diusul dan diputuskan ketika Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif pada 17 Disember 2019 lalu yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden KLFA, YB Hj Khalid Abdul Samad.

Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa berkata perancangan tersebut merupakan inisiatif persatuan dalam membantu perkembangan pemain-pemain muda di Kuala Lumpur.

“Kita telah melihat dari pelbagai sudut sebelum meluluskan penubuhan pasukan tersebut. Perkara pertama dilihat adalah impak serta keberkesanan dalam pembangunan para pemain ibu kota.

“Namun dalam perancangan tersebut kita terpaksa menunggu pengesahan untuk bermain dalam Liga M3 daripada pihak Amateur Football League (AFL),” jelasnya.

Dalam pada itu, Nokman berharap permohonan untuk beraksi di Liga M3 diluluskan dan dipertimbangkan dengan sebaik mungkin oleh badan induk Malaysia Football League (MFL).

“Segala persiapan telah dilakukan oleh pihak persatuan termasuk peruntukkan pasukan ‘feeder’, padang latihan, menandatangi pemain serta pemilihan pemain yang akan ditawarkan kontrak.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Super League

PEMAIN MUDA KL SAMBUT BAIK KEHADIRAN HODAK

Super League

DA SYLVA SET TO STRIKE FEAR IN DEFENCES

Super League

SEAN INTAI AKSI LIGA SUPER YANG PERTAMA

Scroll to Top