Kuala Lumpur Kembali Ke Landasan

KUALA LUMPUR kembali ke landasan yang tepat dengan mengutip tiga mata berharga selepas menewaskan Negeri Sembilan pada perlawanan kedua Liga Premier Malaysia 2020 pada malam semalam.

Bermula agak perlahan, skuad kendalian Nidzam Adzha terpaksa menunggu separuh masa kedua untuk mendahului melalui jaringan Francis Kone yang menyempurnakan hantaran silang Qayyum Marjoni.

Tidak lama kemudian, giliran Indra Putra Mahayudin mencetak nama sebagai penjaring gol apabila berjaya meloloskan diri daripada benteng pertahanan lawan dan mudah menolak ke dalam gawang gol pada minit 53′.

Negeri Sembilan yang berusaha untuk mengejar hanya berjaya memperoleh satu gol dan terpaksa menerima gol ketiga Kuala Lumpur pada minit akhir menerusi Francis Kone.

Dalam pada itu, Nidzam Adzha berterima kasih kepada para pemain yang mempamerkan aksi cemerlang pada separuh masa kedua dan memastikan tiga mata menjadi milik tuan rumah.

“Kita akui ketiadaan Zhafri Yahya akibat kecederaan memberikan kesan kepada pasukan namun mereka yang berada di padang telah pamerkan aksi cemerlang untuk membantu Kuala Lumpur kutip tiga mata.

“Terima kasih juga kepada penyokong yang hadir pada malam ini dan kami berharap anda akan sentiasa bersama Kuala Lumpur sebagai pemain ke-12,” jelasnya

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Super League

Cemerlang Meskipun Tewas

Super League

Lebih Baik 1 September – Nidzam Adzha

Others

KLFA Batal Piala FA 2019

Scroll to Top