Kuala Lumpur Sah Ke Liga Super 2021

KEMENANGAN dramtik Kuala Lumpur ke atas Selangor II dengan jaringan 5-4 telah berjaya memastikan mereka layak beraksi di pentas Liga Super musim 2021.

Ketua Jurulatih, Nidzam Adzha berterima kasih kepada pengurusan yang sentiasa menjaga kebajikkan para pemain serta penyokong yang teguh setia menyokong mereka dari awal liga bermula.

“Hanya semusim berada di Liga Premier dan kami tetapi janji buat YB Presiden serta peminat dengan membawa pasukan Kuala Lumpur beraksi di pentas tertinggi Liga Malaysia pada tahun hadapan,” jelasnya pada sidang media.

Dalam pada itu, Nidzam akui beliau perlu memperbaikki pasukan sebelum perlawanan menentang Perak II apabila melihat anak buahnya melepaskan tiga gol dalam tempoh 10 minit.

“Kita akui kesilapan yang dibuat dan akan diperbaikki namun perhargaan tetap diberikan kepada mereka kerana bekerja keras memastikan tiga mata penuh menjadi milik tuan rumah,” katanya.

Selain Izreen Mohd yang berjaya menjaringkan gol kelima serta mendapat pujian dari jurulatih, Kuala Lumpur turut mempunyai dua lagi pemain muda berpotensi yang berada di bangku simpanan iaitu Alif Safwan (Penyerang) dan Azhar Apandi (Pertahanan).

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Others

‘Kuala Lumpur’ Akan Kekal – Nokman

Super League

Kuala Lumpur Sah Ke Liga Super 2021

Super League

Peluang Kepada Pemain Muda – Nidzam

Scroll to Top