Lebih Baik 1 September – Nidzam Adzha

KETUA Jurulatih Kuala Lumpur, Nidzam Adzha berpendapat lebih baik 1 September berbanding 15 Ogos namun tetap akan membuat persediaan rapi sebelum menerima keputusan sebenar yang bakal diumumkan oleh Malaysian Football League berkenaan permulaan sepak mula Liga Premier.

“Bagi saya lebih baik 1 September kerana mahukan kondisi pemain dalam keadaan terbaik dan menggelakkan mereka dari mendapat sebarang kecederaan ketika beraksi pada perlawanan pertama nanti.

“Tarikh tersebut bukan membukti kami tidak bersedia tetapi biarlah persiapan tersebut lengkap dan menjamin keadaan pemain baik dari segi kecergasaan mahupun mental,” jelasnya ketika ditanya berkenaan sambungan Liga Premier 2020 selepas bercuti panjang.

Tambah beliau, pengumuman berkenaan latihan secara sentuhan serta tarikh kebenaran untuk melakukan perlawanan persahabatan akan membantu pasukan membuat persiapan dengan merasai suasana perlawanan selepas hampir lima bulan bercuti.

Pasukan Kuala Lumpur telah memulakan latihan pada 29 Jun yang lalu selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa dengan menepati beberapa syarat seperti lokasi latihan tertutup, SOP latihan dan ujian calitan.

Dalam pada itu, Nidzam tidak mahu meletakan sebarang tekanan kepada pemain kerana baki perlawanan begitu sikit dan mereka lebih memerlukan kekuatan mental yang menjadi tunjang utama membakar semangat ketika bermain.

“Daripada kita meletakkan tekanan yang tinggi kepada para pemain lebih baik meniup semangat mereka untuk berjuang habis-habisan kerana Kuala Lumpur mahu mengutip mata tertinggi dalam baki perlawanan dalam Liga Premier 2020,” katanya.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Super League

Cemerlang Meskipun Tewas

Super League

Lebih Baik 1 September – Nidzam Adzha

Others

KLFA Batal Piala FA 2019

Scroll to Top