Fakhrul Aiman Sidid

LIGA SUPER MENANTI AIMAN SEKALI LAGI

PELUANG untuk bermain di Liga Super sekali lagi merupakan salah satu sebab Fakhrul Aiman Sidid memilih untuk melanjutkan kontrak bersama Kuala Lumpur bagi musim 2021.

Fakhrul Aiman merupakan satu di antara tiga pemain yang beraksi dalam kesemua perlawanan Liga Premier musim lalu apabila Kuala Lumpur mencapai tempat ketiga untuk layak ke Liga Super.

“Liga Super sangat kompetitif dan saya pun dah lama bermain di Liga Premier. Jadi saya nak cuba yang baru selepas dua tahun,” kata Fakhrul Aiman, yang kali terakhir beraksi di Liga Super bersama Negeri Sembilan pada 2018.

Walaupun telah menjangkau umur 31 tahun, Fakhrul Aiman masih merasakan dapat bersaing dalam pasukan selepas membuat 11 penampilan dan menjaringkan dua gol musim lalu.

“Persaingan sangat kuat dalam pasukan sekarang, terutamanya dengan pemain-pemain muda. Saya akan cuba bersaing secara sihat untuk merebut tempat, sama ada di pertahanan kanan atau sayap kanan,” kata Fakhrul Aiman.

“Apa yang ada saya nak tunjukkan pada pemain-pemain muda yang orang tua pun boleh bermain.”

Sejak penampilan pertama bersama UPB-MyTeam pada 2009, yang dilatih oleh Bojan Hodak ketika itu, Fakhrul Aiman telah membina pengalaman di enam pasukan lain.

“Nak kata saya boleh jadi ketua saya rasa saya belum sampai tahap itu tapi dengan pengalaman yang saya ada saya boleh beri sedikit tunjuk ajar,” kata Fakhrul Aiman, yang telah menjaringkan lima gol dalam 44 penampilan di Liga Super.

Fakhrul Aiman berharap pelantikan Hodak sebagai jurulatih dan penambahan pemain-pemain baru seperti Hadin Azman, Irfan Zakaria, Dominique Da Sylva dan Safee Sali akan membuat Kuala Lumpur lebih kompetitif di persaingan musim 2021.

“Dengan gandingan pemain berpengalaman dan pemain muda, saya rasa KL boleh mencapai kedudukan lima terbaik,” tambah Fakhrul Aiman, yang telah bermain dua perlawanan untuk pasukan kebangsaan pada 2016.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Super League

SATU MUSIM LAGI BAGI NIK SHAHRUL

Others

DR JOZEF VENGLOS: JASAMU SENTIASA DIKENANG

Super League

LIGA SUPER MENANTI AIMAN SEKALI LAGI

Scroll to Top