Nidzam, Zamir Dan Kone Dicalonkan Untuk ABK 2020 Virtual

Dua pemain Kuala Lumpur serta jurulatih Nidzam Adzha Yusof telah dicalonkan dalam kategori masing-masing apabila Malaysian Football League (MFL) mengumumkan senarai calon bagi lima kategori Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 (ABK20) Virtual yang akan berlangsung pada 30 Disember.

Selain Nidzam yang dinamakan untuk anugerah Jurulatih Terbaik, Zamir Selamat antara 10 calon bagi kategori Penjaga Gol Terbaik manakala Francis Kone dicalonkan untuk anugerah Penyerang Terbaik.

Nidzam membawa Kuala Lumpur kembali ke Liga Super musim ini menerusi kedudukan ketiga di dalam Liga Premier pada musim 2020 manakala Kone, penyerang kebangsaan Togo, menjaringkan tujuh gol dalam kempen liga. Zamir pula membantu KL menang enam daripada 11 perlawanan liga dengan hanya dua kekalahan dan berjaya menyimpan ‘cleansheet’ dua kali.

Mereka ini telah disenarai pendek oleh Jawatankuasa Saringan ABK20 Virtual selepas menilai prestasi 567 jumlah keseluruhan pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia termasuk pemain muda yang berdaftar di Piala Presiden dan Piala Belia.

ABK20 Virtual buat kali pertama membuka undian kepada penyokong dalam pemilihan pemenang bersama dengan pengundian juri professional yang terdiri daripada pemain, jurulatih dan media.

Konsep undian penyokong diambil kira memandangkan perlawanan musim ini terpaksa disingkatkan akibat pandemik COVID-19 dengan saingan CIMB Liga Super dan Liga Premier berlangsung separuh pusingan, manakala Piala FA dan TM Piala Malaysia dibatalkan.

Sebanyak 30 peratus kiraan mata ABK20 Virtual akan diundi oleh penyokong menerusi undian di platform Elfo bermula jam 10 pagi, Isnin, 21 Disember 2020 sehingga Jumaat, 25 Disember 2020 jam 11.59 malam.

Penyokong boleh mengundi di platform Elfo menerusi pautan yang akan MFL paparkan di laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter MFL.

Klik untuk mengundi pemain pilihan anda sekarang!

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Super League

PEMAIN MUDA KL SAMBUT BAIK KEHADIRAN HODAK

Super League

DA SYLVA SET TO STRIKE FEAR IN DEFENCES

Super League

SEAN INTAI AKSI LIGA SUPER YANG PERTAMA

Scroll to Top