Paulo Josue

PAULO IDAM JULANG PIALA BERSAMA KL

IMPIAN Paulo Josue untuk menjulang satu piala utama bersama Kuala Lumpur mungkin termakbul selepas melihat sendiri pembaharuan yang dilakukan kepada pasukan bagi musim 2021.

Kapten pasukan Josue gembira dengan perancangan ketua pegawai eksekutif Kuala Lumpur United FC, Stanley Bernard, yang membawa masuk beberapa pemain berkualiti tinggi berserta jurulatih ternama, Bojan Hodak.

Memasuki musim kelima bersama Kuala Lumpur, kejayaan sulung Josue bersama pasukan ibukota adalah memenangi kejuaraan Liga Premier pada 2017 tetapi pemain dari Brazil yang berumur 32 tahun ini mengidami menjulang satu piala utama sebelum kerjayanya berakhir.

“Ia adalah harapan dan impian setiap pemain bolasepak di dunia untuk menjulang piala tetapi bukan semua pemain dapat melakukannya,” kata Josue, yang telah menjaringkan 27 gol daripada 86 penampilan untuk Kuala Lumpur sejak 2017.

“Tetapi kita mesti berkerja keras dan bermain secara satu pasukan. Saya harap dapat menang satu piala musim ini, dan kalau kita bermula dengan baik dalam liga dan pertandingan piala, kenapa tidak?”

Josue adalah pemain asing pertama yang menjadi kapten Kuala Lumpur dan akan mencipta sejarah tersendiri dengan menjulang piala utama sebagai kapten tetap. Zoran Nikolic, yang berasal dari Yugoslavia, pernah menjulang Piala FA bersama Kuala Lumpur sebagai kapten pada 1993 tetapi itu hanya kerana kapten tetap pasukan Razip Ismail tidak dapat bermain dalam perlawanan akhir.

Dua musim bertarung di Liga Super pada 2018 dan 2019 bukan pengalaman yang mahu diulangi oleh Josue ketika Kuala Lumpur bergelut di bahagian bawah liga dan akhirnya tersingkir.

“Saya tahu saya bukan pemain yang buruk jadi apabila pasukan tersingkir dari Liga Super, saya rasa amat kecewa,” katu Josue. “Banyak perkara yang tidak menjadi, ramin pemain keluar masuk dan pasukan bermain tanpa identiti. Bila pasukan kalah awal-awal dan berturut-turut, sukar untuk bangkit.

“Kemudian pemain-pemain sedar pasukan ini tidak bagus dan keyakinan merundum. Pasukan lawan bertambah yakin dan ini lagi menyukarkan keadaan. Jadi sekarang saya tidak mahu bergelut dengan penyingkiran lagi dan berharap KL dapat mencabar pasukan-pasukan di kedudukan atas.”

Josue juga menyuarakan penghargaan kepada pengurusan Kuala Lumpur United FC yang memberi kepercayaan kepadanya untuk terus berkhidmat dengan pasukan.

“Saya bersyukur masih dapat bermain bersama KL dan berjaya layak ke Liga Super sekali lagi. Harapan saya ialah supaya KL kekal dalam Liga Super dan melakukan sesuatu yang penuh bermakna untuk kelab ini,” ujar Josue.

“Dari pengamatan saya selepas seminggu berlatih, saya rasa pasukan mempunyai pemain-pemain yang bagus, terutamanya pemain tempatan. Saya gembira mereka berada di sini dan saya mahu lebih mengenali mereka. Saya harap mereka dapat bermain dengan baik untuk pasukan.”

Di antara pemain-pemain baru bagi saingan Liga Malaysia 2021 di dalam pasukan Kuala Lumpur adalah Safee Sali, Hadin Azman dan Irfan Zakaria selain Anwar Ibrahim, Daniel Ting, Kamal Azizi Zabri dan Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Super League

PEMAIN MUDA KL SAMBUT BAIK KEHADIRAN HODAK

Super League

DA SYLVA SET TO STRIKE FEAR IN DEFENCES

Super League

SEAN INTAI AKSI LIGA SUPER YANG PERTAMA

Scroll to Top