Azhar Apandi

PEMAIN MUDA KL SAMBUT BAIK KEHADIRAN HODAK

PELANTIKAN Bojan Hodak sebagai jurulatih Kuala Lumpur United FC akan membawa faedah kepada pemain-pemain muda di kelab ini.

Sebagai bekas jurulatih skuad bawah-19 Malaysia, Hodak sudah pun mengenali pemain-pemain muda yang diserap ke dalam skuad Liga Super Kuala Lumpur.

Pemain-pemain seperti Azhar Apandi, Alif Safwan Sallahuddin, Anwar Ibrahim, Arif Shaqirin Ibrahim dan Izreen Izwandy pernah berlatih di bawah Hodak ketika dipanggil ke kem latihan pasukan kebangsaan bawah-19 pada 2018 dan 2019.

Azhar, 21, gembira dengan pelantikan Hodak dan merasakan peluang untuk bermain di Kuala Lumpur lebih cerah di bawah jurulatih yang berasal dari Croatia ini.

“Saya teruja dapat berlatih dan beraksi dengan pasukan senior. Bagi saya ini peluang cerah untuk saya maju dalam industri ini,” kata Azhar, yang bermain dua kali untuk skuad senior Kuala Lumpur di dalam pertandingan Piala Cabaran 2019.

“Kalau jurulatih percaya pada saya 100 peratus, saya akan bagi lebih dari 100 peratus. Jurulatih Bojan sangat tegas pada masa dan disiplin. Saya senang berkerja dengan dia dan dengan dia ada di sini saya ada peluang cerah untuk beraksi dalam Liga Super.”

Azhar merupakan bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil yang menyertai skuad Piala Presiden Kuala Lumpur pada 2017. Pemain pertahanan ini juga menjadi kapten pasukan bawah-21 Kuala Lumpur sebelum diserapkan ke skuad senior.

“Bila saya masuk padang saya nak main betul-betul. Saya nak percayakan orang sekeliling walaupun saya muda lagi dan tak banyak pengalaman. Saya akan gunakan peluang yang ada,” kata Azhar.

Izreen, 20, juga mengharapkan mendapat lebih banyak peluang untuk bermain selepas membuat empat penampilan dan menjaringkan satu gol dalam saingan Liga Premier 2020.

“Jurulatih Bojan lebih tertumpu kepada taktikal perlawanan semasa latihan yang memerlukan fokus 100 peratus. Kami banyak berlatih “set-piece”, tendangan percuma dan membuat perancangan khas,” kata Izreen mengenai pengalaman berlatih di bawah Hodak sebelum ini. “Tapi kalau buat silap, siaplah semua.”

Izreen Izwandy

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Super League

SATU MUSIM LAGI BAGI NIK SHAHRUL

Others

DR JOZEF VENGLOS: JASAMU SENTIASA DIKENANG

Super League

LIGA SUPER MENANTI AIMAN SEKALI LAGI

Scroll to Top