Pencalonan ABK 2020 Virtual Satu Penghormatan Bagi Zamir

ZAMIR Selamat tidak menyangka akan tercalon untuk kategori penjaga gol di Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 (ABK20) Virtual yang akan berlangsung pada 30 Disember.

Namun penjaga gol Kuala Lumpur itu menerima penghormatan ini dengan besar hati selepas memainkan peranan penting dalam pasukannya kembali ke Liga Super 2021.

Zamir beraksi di dalam kesemua 11 perlawanan Liga Premier Kuala Lumpur pada musim lepas dan berjaya menyimpan ‘cleansheet’ dua kali.

“Ini perkara baru buat saya dan ia satu pengiktirafan bagi saya. Saya tidak menjangka dicalonkan sebab bermain di Liga Premier dan saya ingatkan hanya pemain Liga Super yang akan dicalonkan,” kata Zamir, 31. “Kali ini, mungkin orang boleh tengok yang kualiti di Liga Premier pun bagus dan nilai sendiri.

Antara calon-calon lain bagi kategori penjaga gol adalah Farizal Marlias (Johor Darul Ta’zim), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka), Khairulazhan Khalid (Selangor), Samuel Somerville (Pulau Pinang) dan Sharbinee Allawee Ramli (Pahang).

“Saya tidak terfikir pasal pertandingan ini sebab saya hanya fokus pada tugas saya. Saya tidak kisah siapa menang sebab yang lain pun nama-nama besar. Semua memberi persembahan yang baik musim ini dan semua mempunyai peluang sama rata.”

Turut dicalonkan di ABK20 adalah Nidzam Adzha Yusof dalam kategori Jurulatih Terbaik dan Francis Kone untuk anugerah Penyerang Terbaik.

ABK20 Virtual, anjuran Malaysian Football League (MFL), buat kali pertama membuka undian kepada penyokong dalam pemilihan pemenang bersama dengan pengundian juri professional yang terdiri daripada pemain, jurulatih dan media.

Konsep undian penyokong diambil kira memandangkan perlawanan musim ini terpaksa disingkatkan akibat pandemik COVID-19 dengan saingan CIMB Liga Super dan Liga Premier berlangsung separuh pusingan, manakala Piala FA dan TM Piala Malaysia dibatalkan.

Sebanyak 30 peratus kiraan mata ABK20 Virtual akan diundi oleh penyokong menerusi undian di platform Elfo sehingga Jumaat, 25 Disember 2020 jam 11.59 malam.

Penyokong boleh mengundi di platform Elfo menerusi pautan yang akan MFL paparkan di laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter MFL.

Untuk mengundi, sila ke UNDI ZAMIR SELAMAT

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Super League

PEMAIN MUDA KL SAMBUT BAIK KEHADIRAN HODAK

Super League

DA SYLVA SET TO STRIKE FEAR IN DEFENCES

Super League

SEAN INTAI AKSI LIGA SUPER YANG PERTAMA

Scroll to Top