Rekod Penjaring Kuala Lumpur Menjadi Sasaran Indra

INDRA Putra Mahayuddin menjadi pemain pertama melepasi jaringan 100 gol di dalam Liga Super Malaysia sepanjang kariernya tetapi mampukah pemain ini mencipta sejarah bersama Kuala Lumpur?

Selepas mencecah usia 39 tahun, Indra telah memberi gambaran waktu persaraan bagi dirinya semakin dekat walaupun beliau mahu terus bermain semusim lagi apabila Kuala Lumpur kembali ke kancah Liga Super 2021.

“Saya masih lagi mampu bermain dan masih boleh bertanding dengan pemain muda. Dengan cara saya bermain, saya akan pastikan saya beri 100 peratus untuk pasukan dan cabar pemain-pemain muda yang ada,” laung amaran dari Indra, yang telah melakukan 71 penampilan untuk Kuala Lumpur sejak 2018.

Indra telah mencatat 102 jaringan sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004, termasuk 12 untuk Kuala Lumpur. Ini meletakkan Indra di tangga kedua dalam senarai penjaring Liga Super bagi Kuala Lumpur, dibelakang Guilherme De Paula yang menjaringkan 21 goal.

Ini bermaksud Indra mempunyai 22 perlawanan apabila Liga Super 2021 bermula untuk mengejar 10 gol yang diperlukannya bagi memintas De Paula dan seterusnya mencipta nama sebagai pemain lagenda Kuala Lumpur.

“Sebagai pemain, saya mahu pastikan dan cuba sebaik mungkin untuk dapatkan 10 gol itu untuk Kuala Lumpur. Kalau kita nak sesuatu dan kita usahakan, kita pasti dapat. Sasaran ini bukan untuk diri saya, tetapi untuk pasukan. Itu lebih penting,” kata Indra.

Sepanjang karier senior yang bermula dengan Perak pada 1999, Indra telah pun menjaringkan 223 gol dalam semua pertandingan termasuk 18 untuk Kuala Lumpur. Ini meletakkan Indra di tangga ke-18 dalam senarai penjaring sepanjang zaman untuk Kuala Lumpur.

Indra, yang telah menjadi juara Liga Super tiga kali dan Premier 1 dua kali, akan memasuki musim keempatnya bersama Kuala Lumpur dan teruja dapat bermain di pentas Liga Super sekali lagi selepas mengharungi musim 2020 yang penuh dengan cabaran.

“Memang menyedihkan sebagai pemain bolasepak tidak dapat bermain musim yang penuh tetapi kita kena akui dunia dilanda masalah yang besar,” kata Indra. “Saya berharap selepas ini keadaan Covid-19 akan lebih stabil dan kita dapat bermain jadual yang penuh.”

“Tugas saya untuk membawa pasukan ke Liga Super adalah sangat manis dan saya rasa teruja untuk kembali beraksi di Liga Super. Sasaran saya nak menjaringkan gol dan saya mahu pasukan lain segan bertemu Kuala Lumpur.”

PENJARING LIGA SUPER KUALA LUMPUR SEJAK 2004
21 – Guilherme De Paula
12 – Indra Putra Mahayuddin
11 – Badrul Hisyam Azmi
9 – Ahmad Hazwan Bakri, Paulo Josue
4 – Afiq Azmi, Raimi Md Nor, See Kok Luen, Zakaria Charara

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Super League

PEMAIN MUDA KL SAMBUT BAIK KEHADIRAN HODAK

Super League

DA SYLVA SET TO STRIKE FEAR IN DEFENCES

Super League

SEAN INTAI AKSI LIGA SUPER YANG PERTAMA

Scroll to Top