Satu Mata Tetap Bersyukur – Nidzam Adzha

KETUA jurulatih Kuala Lumpur, Nidzam Adzha menghargai kerja keras pasukan untuk memastikan membawa pulang satu mata berharga meskipun ketinggalan pada awal babak kedua menerusi sepakan dari tanda penalti.

“Perlawanan pertama liga sudah semestinya memberi sedikit tekanan terutama apabila terpaksa bermain di tempat lawan namun dengan kekuatan yang ada kita berjaya membawa pulang satu mata berharga.

“Saya harus berterima kasih kepada para pemain yang tidak mengaku kalah dan terus berjuang sehingga Kuala Lumpur berjaya menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir perlawanan,” jelasnya ketika sejurus tamat perlawanan pertama liga menentang Kelantan pada 29 Februari lalu.

Nidzam juga berpuas hati dengan permainan yang ditunjukan oleh pemain import terutama Francis Kone yang berjaya menjaringkan gol.

“Mereka bermain seperti kita jangka dan ini sangat membantu pasukan bagi merealisasikan impian Kuala Lumpur beraksi di Liga Super pada musim 2021,” tambah beliau.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Super League

Cemerlang Meskipun Tewas

Super League

Lebih Baik 1 September – Nidzam Adzha

Others

KLFA Batal Piala FA 2019

Scroll to Top