Nik Shahrul Azim Abdul Halim

SATU MUSIM LAGI BAGI NIK SHAHRUL

NIK Shahrul Azim Abdul Halim gembira dapat melanjutkan kontrak bersama Kuala Lumpur United FC untuk semusim lagi dan berpeluang untuk bermain di Liga Super 2021.

Tempat Nik Shahrul di dalam pasukan bagi musim baru terjamin selepas pelantikan Bojan Hodak sebagai jurulatih Kuala Lumpur. Kehadiran Nik Shahrul menambah kepada pilihan Hodak di bahagian pertahanan selain daripada Shukor Adan, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris, Azhar Apandi, Daniel Ting dan Fauzan Fauzi.

Nik Shahrul, 30, berharap dapat membantu Kuala Lumpur mencapai kejayaan musim ini dan sekaligus menamatkan kemarau piala peribadi sejak 2013.

Semasa di Kelantan, Nik Shahrul memenangi Liga Super dan Piala Malaysia pada 2012 dan Piala FA pada 2013. Nik Shahrul tidak di senaraikan untuk perlawanan akhir Piala FA 2012 yang juga dimenangi oleh Kelantan.

“Sangat berbeza dulu dengan sekarang. Di Kelantan, memang saya banyak memenangi piala dan saya memang masih mahu memenangi kejuaraan,” kata Nik Shahrul, yang bersama Kelantan sehingga 2018 sebelum menyertai PKNS. “Saya pun banyak turun naik selepas itu, jadi tahun ini saya pun mahu cuba menang sesuatu.”

Nik Shahrul Azim (kiri) bersama CEO Kuala Lumpur United FC, Stanley Bernard

Nik Shahrul membuat sembilan penampilan bagi Kuala Lumpur dalam saingan Liga Premier 2020 dan membantu pasukan layak ke Liga Super selepas menduduki tangga ketiga.

Tahun 2020 merupakan satu-satu musim yang Nik Shahrul tidak beraksi di Liga Super. Selepas membuat penampilan pertama pada 2012 di bawah Hodak, Nik Shahrul telah pun bermain lebih dari 100 perlawanan Liga Super.

Dengan kehadiran Hodak sebagai jurulatih Kuala Lumpur, Nik Shahrul berharap dapat bersaing untuk tempat bermain di dalam pasukan.

“Tahun ini saya tengok ramai pemain yang bagus dalam pasukan KL jadi saingan untuk tempat mesti sengit,” kata Nik Shahrul. “Ramai yang ada pengalaman bermain di Liga Super sebelum ini. Saya berharap dapat merebut tempat dalam pasukan.”

Dan kalau dapat peluang, Nik Shahrul mahu juga menjaringkan gol. Sehingga sekarang, hanya satu gol yang dijaringkan oleh Nik Shahrul dalam kerjayanya iaitu bagi Kelantan menentang Ayeyawady United dalam Piala AFC 2013.

“Sebagai seorang pemain pertahanan, jarang dapat peluang untuk menjaringkan gol. Tugas saya lebih kepada mempertahankan gawang dari dibolosi. Jadi kalau saya jaringkan gol itu dikira bonus,” tambah Nik Shahrul.

Nik Shahrul Azim (tengah) dalam aski Liga Premier 2020 bagi Kuala Lumpur

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Super League

SATU MUSIM LAGI BAGI NIK SHAHRUL

Others

DR JOZEF VENGLOS: JASAMU SENTIASA DIKENANG

Super League

LIGA SUPER MENANTI AIMAN SEKALI LAGI

Scroll to Top