Sean Gan Giannelli (kiri) bersama CEO Kuala Lumpur United FC, Stanley Bernard, selepas memperbaharui kontrak

SEAN INTAI AKSI LIGA SUPER YANG PERTAMA

SEAN Gan Giannelli berharap 2021 membawa lebih tuah selepas musim lalu tergendala akibat penularan wabak Covid-19.

Disebabkan Liga Premier 2020 hanya berlangsung satu pusingan, Sean hanya bermain dalam satu perlawanan dalam musim pertamanya bersama Kuala Lumpur United FC.

“Saya tak sabar untuk musim bermula,” kata Sean, 24. “KL ada pasukan yang baik tahun ini dan ramai pemain yang pernah bermain di Liga Super dulu. Selain dari objektif kami untuk kekal dalam Liga Super, saya rasa kami boleh buat kejutan musim ini.”

Satu punca Sean, yang gemar bermain di posisi tengah, tidak banyak beraksi tahun lalu adalah kecederaan yang dialami semasa pra-musim.

“Saya perlu elakkan kecederaan sewaktu pra-musim,” jelas Sean, yang berasal dari Kuala Lumpur dan pernah berkelana ke Itali. “Tahun lepas saya cedera pada buku lali semasa pra-musim dan ia menjejaskan persiapan saya. Saya harap kali ini benda itu tidak berulang. Kalau boleh saya nak bermain setiap perlawanan walaupun hanya 15 minit terakhir.”

Sean belum pernah beraksi di Liga Super dan berharap dapat menyakinkan jurulatih Bojan Hodak untuk bermain lebih kerap.

“Saya rasa saya belum dapat peluang untuk buktikan apa yang saya mampu buat di atas padang,” kata Sean. “Saya sentiasa yakin dengan diri sendiri dan saya tak sabar untuk tunjukkan apa yang saya boleh buat. Saya harap saya dapat buat sebaik mungkin dalam latihan dan dipilih untuk bermain.”

Mengenai masa depannya, Sean menjelaskan: “Apa-apa sahaja boleh terjadi tapi saya rasa masa depan KL cerah dengan projek yang sedang dilaksanakan. Bagi saya secara peribadi saya mahu masa depan saya bersama KL.

“KL bergerak dalam arah yang betul dan membuat keputusan yang betul. Kami ada ramai pemain muda dan yang berasal dari KL. Jadi saya rasa musim ini akan menjadi musim yang baik untuk KL.”

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Super League

SATU MUSIM LAGI BAGI NIK SHAHRUL

Others

DR JOZEF VENGLOS: JASAMU SENTIASA DIKENANG

Super League

LIGA SUPER MENANTI AIMAN SEKALI LAGI

Scroll to Top