Irfan Zakaria

STATUS LAGENDA MENANTI IRFAN

IRFAN Zakaria hanya memerlukan sembilan perlawanan lagi untuk mencapai 100 penampilan bagi Kuala Lumpur United FC dan menjadi pemain berstatus lagenda bersama kelab kampung halamannya.

Hanya 27 pemain Kuala Lumpur sebelum ini telah menyertai “Kelab 100” penampilan dan yang terakhir adalah Zhafri Yahya yang telah pun bermain 110 perlawanan untuk Kuala Lumpur.

Sebelum menyertai Kedah bagi musim 2020, Irfan telah membuat 91 penampilan untuk Kuala Lumpur dari 2016 hingga 2019 dan menjaringkan dua gol. Kini Irfan kembali ke Kuala Lumpur bagi musim 2021 dan akan mencuba melakar sejarah peribadi.

“Selepas setahun saya tinggalkan KL, saya kembali ke pasukan lama ini dengan menimba pengalaman dan membuat kawan baru di Kedah. Saya berterima kasih kepada KL kerana mengambil saya kembali. Saya juga bergembira dapat bermain semula di sini,” kata Irfan, yang berasal dari Cheras, dan bermain dalam 12 perlawanan untuk Kedah, termasuk dua perlawanan pusingan kelayakan AFC Champions League musim lalu.

“Saya melalui satu perjalanan yang sukar sebab di Kedah reputasinya tinggi sebagai pasukan gergasi. Saya berjaya sesuaikan diri dengan suasana dan penyokong di sana dan dapat membina pengalaman.”

Irfan Zakaria (kiri) bersama CEO Kuala Lumpur United FC, Stanley Bernard, selepas menandatangani kontrak.

Irfan, 25, adalah pemain yang serba boleh dan selesa bermain di kawasan tengah mahupun sebagai pemain pertahanan. Irfan juga pernah dipilih sebagai kapten untuk satu perlawanan Liga Super pada 2019 ketika Kuala Lumpur menewaskan PKNP 4-1 di Cheras.

Namun, menjadi kapten bukan sesuatu yang difikirkan oleh Irfan walaupun ramai pemerhati berpendapat anak jati Kuala Lumpur ini bakal memakai lilitan kapten di masa hadapan.

“Saya tidak memikirkan perkara itu sebab buat masa ini saya hanya fikirkan persembahan dan disiplin di padang,” kata Irfan. “Menjadi kapten belum lagi menjadi impian bagi saya. Kalau KL menang, itu dah cukup bagi saya. Tetapi kalau peluang menjadi kapten menjelma, itu adalah satu bonus.”

Adakah Irfan bersedia untuk menjadi pemain lagenda Kuala Lumpur?

“Itu saya tak tahu tapi kalau ada rezeki dan telah tertulis untuk saya bermain lebih lama lagi bersama Kuala Lumpur, InsyaAllah saya akan berbakti di sini,” tambah Irfan, yang telah bermain dalam 48 perlawanan Liga Super bersama Kuala Lumpur dan Kedah.

“Saya tak sedar yang saya menghampiri 100 penampilan untuk Kuala Lumpur. Selepas saya keluar dari Harimau Muda, rezeki saya untuk bermain dengan Kuala Lumpur dan dapat belajar apa yang perlu saya perbaiki. InsyaAllah, saya akan bermain lebih baik.”

Selain Irfan, kapten pasukan Paulo Josue juga menghampiri 100 penampilan selepas bermain dalam 86 perlawanan untuk Kuala Lumpur sejak 2017.

STATISTIK PENAMPILAN IRFAN ZAKARIA

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Super League

SATU MUSIM LAGI BAGI NIK SHAHRUL

Others

DR JOZEF VENGLOS: JASAMU SENTIASA DIKENANG

Super League

LIGA SUPER MENANTI AIMAN SEKALI LAGI

Scroll to Top