Tiada Pemotongan Gaji Ketika Ini – Nokman

PERSATUAN Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) tidak akan mengambil sebarang keputusan terburu-buru dalam isu pemotongan gaji berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa berkata pihak pengurusan belum berbincang isu pemotongan tersebut kerana beranggapan masih terlalu awal dan persatuan tidak mempunyai sebarang masalah kewangan.

“Masih terlalu awal untuk kita mengambil keputusan tersebut kerana PKP baru memasuki fasa kedua iaitu tambahan 14 hari selepas fasa pertama iaitu 14 hari juga.

“Isu tersebut mungkin akan dibincangkan sekirannya PKP berlanjutan selepas 14 April ini namun ia perlu mempunyai kata sepakat dari majikan dan pekerja (pemain),” jelasnya.

Nokman juga memberitahu KLFA telah menyelesaikan bayaran gaji bulan Mac pada hujung bulan yang lalu dan ini menunjukkan persatuan komited dan tidak mahu mengganggu fokus pemain.

Dalam pada itu, KLFA turut tidak mengalami sebarang masalah kewangan sehingga kini kerana pihak penaja komited membantu pasukan dan berharap ia berterusan sehingga berakhirnya musim 2020.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on print
Share on email

News

Others

‘Kuala Lumpur’ Akan Kekal – Nokman

Super League

Kuala Lumpur Sah Ke Liga Super 2021

Super League

Peluang Kepada Pemain Muda – Nidzam

Scroll to Top